Sebagai pengasas NCB Nuha Tours, saya percaya bahawa pelancongan bukan sekadar hiburan, tetapi ia juga satu cara untuk membuka minda dan hati dalam memahami budaya, agama dan kehidupan masyarakat yang berbeza.
Melalui pakej Islamic Experience Tour, hasrat kami adalah untuk memberikan peluang kepada pelancong asing mengenali Islam dengan cara yang mesra, santai, dan penuh nilai kemanusiaan. Lawatan ke Masjid Terapung Tanjung Bungah bukan hanya sekadar menikmati keindahan seni bina, tetapi juga menyaksikan sendiri kehidupan umat Islam melalui ibadah solat berjemaah.
Kami beriltizam untuk memastikan setiap pelawat berasa dihormati, selesa, dan mendapat pengalaman bermakna sepanjang bersama kami. Semoga usaha kecil ini menjadi jambatan persefahaman antara masyarakat dunia dan Islam, serta menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan budaya & rohani yang disegani.
Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami.
Salam hormat,
Nazim Aziz
Pengasas & Pengarah, NCB Nuha Tours