Dokumen ini menerangkan syarat tempahan, pembayaran, polisi pembatalan, pengurusan lawatan, serta cara kami mengurus Data Peribadi (PDPA). Terpakai untuk NCB Nuha Tours & semua rakan niaga yang menggunakan penjenamaan ini di Malaysia.
Ketelusan – Semua maklumat harga & perkhidmatan dinyatakan dengan jelas.
Kepatuhan PDPA – Data pelanggan dilindungi mengikut undang-undang Malaysia.
Kualiti & Profesionalisme – Layanan mesra, penerangan jelas & pengalaman eksklusif.
Lawatan: Mengikut jadual solat Zohor / Asar (±4 jam setiap sesi).
Tempahan & Pertanyaan: Setiap hari (09:00 pagi – 09:00 malam).
Tutup pada cuti umum atau kelepasan am, melainkan ada perjanjian khas.
Tempahan tertakluk kepada jadual solat & kebenaran masjid.
Bayaran penuh diperlukan untuk mengesahkan tempahan.
Pihak kami berhak menolak tempahan yang tidak memenuhi syarat asas (contoh: pakaian tidak sopan, tiada pengesahan bayaran).
Bayaran penuh sebelum tarikh lawatan.
Kaedah pembayaran: Bank transfer / e-wallet (resit perlu dihantar).
Tidak menerima LO (Letter of Order) / pesanan kerajaan.
Pengangkutan pergi-balik dari hotel menggunakan MPV/van berhawa dingin.
Setiap kumpulan maksimum 6 orang sahaja.
Pakaian sopan diwajibkan. Telekung/jubah disediakan untuk wanita bukan Islam.
Penerangan dalam Bahasa Inggeris mudah.
Lawatan hanya fokus pada budaya & kefahaman asas Islam – bukan sesi dakwah agresif.