Dasar ini diwujudkan bagi memastikan kejelasan, keadilan serta kelancaran operasi antara pelanggan dan pihak NCB Nuha Tours.
Tempahan akan disahkan selepas bayaran penuh dibuat. Sebaik sahaja proses pengurusan & penyediaan perkhidmatan bermula, pembatalan oleh pelanggan tidak dibenarkan kerana kos operasi & pengurusan telah ditanggung.
Setiap tempahan melibatkan kos pengangkutan, penyediaan pakej & tenaga kerja. Oleh itu, sebarang pembatalan oleh pelanggan selepas pengesahan tidak layak untuk bayaran balik.
Sekiranya berlaku pembatalan atas faktor tidak dapat dielakkan (contoh: bencana alam, arahan pihak berkuasa, atau masalah operasi syarikat), pihak kami akan memulangkan refund penuh dalam tempoh 7 hari selepas notis rasmi diberikan.
Pelanggan disarankan untuk meneliti jadual, harga & syarat sebelum membuat pembayaran pengesahan tempahan.
Jika berlaku kelewatan atau masalah disebabkan pihak kami (contoh kenderaan rosak, staf tidak hadir), pelanggan berhak menuntut pampasan atau jadual semula mengikut kesesuaian.
Jika berlaku isu di luar kawalan kami (contoh: jalan ditutup, kemalangan, cuaca buruk), pelanggan perlu maklumkan segera dengan bukti (gambar/video jika berkaitan). Siasatan akan dibuat dalam tempoh 24 jam sebelum tindakan susulan diputuskan.
Hubungi Kami Segera β hantar notis pembatalan awal melalui WhatsApp/Emel.
Semakan Status Tempahan β kami semak tahap persiapan & kos yang telah berjalan.
Kes Istimewa (Force Majeure) β jika berpunca dari pihak kami, refund penuh diproses.
Opsyen Alternatif β pelanggan boleh pilih penjadualan semula (bergantung ketersediaan).
π― Tujuan dasar ini adalah untuk menjaga ketelusan, profesionalisme & keadilan kepada kedua-dua pihak, serta memastikan pengalaman pelancongan anda berjalan lancar.